Halaman

Rabu, 19 Oktober 2011

~ Nasihat Menasihati ~

Assalamualaikum....
Selamat mlm rakan2 blogger....

Tajuk kali ini, sprti di atas...

Demi masa.

Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,

kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
@@@@@@@@@@@@@@@@@

Allah menjadikan manusia sebaik-baik kejadian berbanding dengan kejadian Allah yang lain, namun begitu bukan berarti manusia itu sempurna segala-segalanya, Allah menjadikan manusia dalam keadaan memerlukan di antara satu sama lain. Kehidupan seseorang individu itu tidak akan lengkap, tidak akan bahagia dan tidak akan sempurna tanpa orang lain.

Kebahagian dan keceriaan individu manusia disempurnakan oleh manusia yang lain dan makhluk yang lain. Allah jadikan haiwan, tumbuh-tumbuhan, hidupan laut dan seumpamanya adalah untuk kemudahan manusia, manusia dilantik Allah menjadi khalifah kepada semua makhluk tersebut. Dengan pesanan jadilah penguasa yang adil sesama manusia dan semua makhluk Allah.

Atas sifatnya yang tidak lengkap itu semua peringkat manusia memerlukan nasihat dan berkewajipan memberi nasihat, nasihat menasihati adalah salah satu keperluan penting manusia tanpa nasihat dan menasihati kehidupan manusia akan porak peranda dan musnah ranah.

Orang yang memberi nasihat bukanlah orang yang terbaik di kalangan mereka dan orang menerima nasihat bukan pula yang terhina di kalangan mereka kerana situasi mereka itu nasihat menasihati, semua pihak pernah memberi nasihat dan semua mereka pernah menerima nasihat. Suasana itu lengkap melengkapi untuk kesejahteraan hidup. 

Orang yang paling mulia di antara mereka ialah mereka yang bertaqwa kepada Allah, mereka jualah khalifah dan penguasa yang paling baik.


Demikianlah betapa hidup ini memerlukan di antara satu sama lain.

Wasalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih...Syg korang sgt2...