Halaman

Khamis, 24 Disember 2015

Berhenti kerja

Assalammualaikum W.R.T

Bismillahirahmanirahim

Morning u'alls..pagi ni awal dtg kedai manatau ada rezeki customer ramai pagi ni..InsyaAllah..

Sarapan nasi lemak + nescafe with asben dan anak ;)

pagi2 dah buka blog baca entry en. Ben Ashaari  http://www.benashaari.com/2015/12/berhenti-kerja-untuk-jadi-blogger.html 
Seronok baca..InsyaAllah kita yakin perancangan Allah, yang penting kita yang kena berusaha, doa dan tawakal..

Asben me juga sdh berhenti keja kat UiTM Sabah. Dia kata nak fokus pada bisnes dia skrg. Dia ada kdi printing, sdh stat dari dia bujang sampailah kita org dah kawin and ada anak bru 1 org. Me pula housewife + assistant dia kat kdi. Laki bini la kami keja kat kdi tu + 1 org staff. Lambat laun dia kena juga buat 1 pilihan samada Uitm atau Kedai dia. Alhamdulillah keputusan dia yang buat dan me tak nak gaduh2 ikut ja. Yang penting kami sama2 kena berusaha utk tampung kehidupan seharian dan bayar apa yang patut. 

Bak kata en. Ben (copy paste) :

"Zaman sekarang ni , berbisnis lebih menguntungkan sebenarnya. Makan gaji ibarat hidup untuk bayar cukai dan hutang ! Hanya berniaga saja mampu makan lebih dari tu ! Cuma , perlulah ada strategi dan meniaga sesuatu yang benar benar menguntungkan.. sekali pun nasi lemak atau air kopi !

 "Masa depan , perlu perancangan yang teliti atau anda kan terduduk menyesal . Atau , sebaliknya! Yer, siapa sangka ,kan " 

Lapangkan dada dan Allah always is no one.. insyaAllah 

Rabu, 23 Disember 2015

Partime Bisnes

Bismillahirahmanirahim

Baru selang beberapa minit me update cerita lagi.. weeeee

Alhamdulillah..me suka ikut bisnes partime dgn kwn2..setakat ini me bisnes shaklee, Hai-O dan produk2 yang me berani nak jual.. :)

Shaklee :
Alhamdulillah..kadang-kadang ada juga masyukk, if ada yg mau and cari me, me akan terus tlg order, alhamdulillah dpt untung RM10 pun me dah bersyukur sangat-sangat...

Hai-O :
Setakat ini baru dapat jual 2 barang (lipstik + mineral coffee)..Alhamdulillah, maybe me kurang promote kat kwn-kwn tu la takda yg nak beli dgn me :)..

Produk campur-campur :
Me ada juga jumpa kwn-kwn di fb, me jdi dorpship hehhehe..alhamdulillah bila kita jujur nak bisnes insyaAllah segalanya dipermudahkan..mask vietnam, victoria perfume, rak serbaguna, batik sarawak, ini lah item2 yang me jual..alhamdulillah..blh la buat tabungan me..if sikit lama-lama jadi bukit..;)

Belajar buat header blog

Assallammualaikum W.R.T

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah S.W.T utk bernafas hingga ke hari ini..cuma masih lagi belum boleh utk mengatur masa utk aktifkan diri berblog seperti kawan2 lain..

Nak mula cerita, kelmarin dan hari ni dah byk kli try buat header utk blog alhamdulillah dah blh buat sikit tp...bsr la pulak..so tak jadi la nak  letak jadikan header di blog me ni..

Fikir punya fikir biar lah blog me ni nampak simple jak..insyaAllah next time ada rezeki lebih me nak kemas + cantikkan sikit lagi.. weeee

See u all's again.. InsyaAllah 

Jom renung header yg me buat di bawah ni..hurmmm lagi elok me buat cover facebook kot???


Sabtu, 19 September 2015

Job sampingan

Assalammualaikum W.R.T & salam 1Malaysia..

Agak lama juga saya menyepikan diri untuk mengupdate c' sang blog ini. Ke mana agaknya saya ketika itu? tak pergi mana-mana pun cuma busy sikit dengan homework, urus anak & bantu suami jaga kedai. Kemunculan saya kali ini nak bagitau yang saya ada menyediakan percetakan membuat props, birthday banner (jenis kertas), penanda buku & doorgift (untuk majlis akikah, kahwin dll). Sekiranya berminat boleh la hubungi saya di no. 013-8583165. Saya berada di Indah Permai, sepanggar, Kota kinabalu, saban. Penghantaran pula akan dibuat melalui c.o.d sekiranya berdekatan & postage sekiranya luar kawasan. Charge pula bergantung pada kuantiti yang di minta. 
Ini adalah facebook page kedai kami : https://www.facebook.com/mansmediadesignstudio  

Props/cupcake topper







Rabu, 19 Ogos 2015

Ampuni aku Ya Allah

Assalammualaikum W.R.T..
Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah.. Syukur padaMu Ya Allah hari ini aku masih bernafas, merasa semua nikmat pemberianMu.. Terima Kasih Ya Allah..

Hari demi hari aku merenung kekhilafan diri, bilakah aku ingin bertaubat? Allahuakhbar!! Dari aku mula menanggung dosa-dosa sendiri hingga ke hari ini banyak sangat dosa yang aku lakukan.. Ya Allah! Ampunilah dosa-dosa ku..


Akan aku cuba untuk memperbaiki diri. Akan aku cuba untuk bertaubat padaMu Ya Allah..


Isnin, 23 Februari 2015

Kenduri arwah 100hari

Assalammualaikum

Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah keranaMu aku masih bernafas hingga hari ini..

Syukur alhamdulillah juga sebab dgn bantuan saudara mara dapat memeriahkan lagi majlis kenduri arwah bapa mertua. Terima kasih banyak2 buat mereka yg bekerja keras.


Rabu, 28 Januari 2015

Syazwani :)

Assalammualaikum.. W.R.T

Petang semua.. Lepas dari tukar rim kereta tadi kitaorg masuk kat Servey Penampang beli barang rmh sikit..

Jeng! Jeng! Jeng!


Me tiap hari rasa-rasa nak jadi singa mengaum saja. Kekadang malas mo layan karenah dia so biar je la yg penting dia tak teriak2 menangis. 

Makin pintar sdh anak me ni. Alhamdulillah, makin besar sdh dia.. Semoga membesar jadi anak yg solehah & berguna.. Taat pada ibubapa & Allah.. Amin..


Sabtu, 17 Januari 2015

Family kecil ku 😍

Assalammualaikum..W.R.T

Selamat tengahari u all's.. Nak beraktif berblog semula.. 

Cerita semalam, jalan punya jalan last2 perut rasa lapar, kitaorg pun pi makan di tanjung lipat likas :). Jom layan steamboat dulu..

Abaikan c anak yg syok tengok makanan, x sabar dia mo makan :)

Love them so much!!

Rabu, 14 Januari 2015

Promosi Jan 2015 (Shaklee)

Assalammualaikum..W.R.T

Agak lama saya tak update blog, dalam seminggu dua ni saya kurang sihat, demam + selesma + batuk yang melanda..alhamdulillah semoga terhapus sedikit dosa-dosa saya..

Bersempena dgn bulan January 2015 ni ada 3 promotion produk shaklee iaitu Alfalfa, Vivix & Vita-lea for children. Alfalfa beli 6 free 1, Vivix beli 6 free 1, Vita-lea children beli free 1.

Tak dapat nak uplod gambar masa ni sebab guna tab anak saya yg cumil n :)

Saya adalah pengedar sah shaklee..
Hubungi saya 011-25251713 / 01-8583165
ID 931778
Norizah Pahing