Halaman

Khamis, 21 Mac 2013

Bersabarlah Wahai Hati

Assalamualaikum W.R.T & salam 1Malaysia..;)

Alhamdulillah..masih dpt bersua..

Banyak maksud ayat ini..





Sebagai manusia biasa kita tidak dpt lari dari sebarang kesusahan atau sebarang kesulitan..Tapi Allah tidah akan menguji umatnya sekiranya mereka tidak mampu utk menghadapi ujian itu..Subahanallah..

Di dlm sujud kami trs berdoa agar di permurahkn rezeki & di ampunkn segala dosa2 kami..amin..in shaa Allah..

Me percaya rezeki & janji Allah itu pasti..& pertolongan Allah itu akan tiba di setiap masa yg TEPAT yg terbaik utk kami..amin..

Adakalanya rapuh jua hati me tapi yakin pada janji Allah akan tiba jua satu saat nanti........... in shaa Allah..

Di setiap yg berlaku pasti terselit hikmah..Hanya perlu terus berdoa, usaha, sabar & berserah..

p/s: Ya Allah ampunilah dosa2 kami..amin..

Selasa, 19 Mac 2013

Kerja oh kerja..;)

Assalamualaikum W.R.T & salam 1Malaysia

Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah..

Setelah beberapa bulan ni x bekerja, teringin la pulak nak keja balik..huhu..Bukan sbb apa2 pun juz nak cari rezeki lebih sikit utk simpanan masa depan & anak2 akan dtg..in shaa Allah..anak2? setakat ni blm ada lagi good news..x pelah me x perlu sedih sbb me percaya 1 ari nti Allah pasti akan makbulkan doa kami suami isteri..

Niat me nak bekerja ni sbb nak tlg hubby utk sara kehidupan kami, even kami blm ada anak nak ditanggung tapi byk lagi keperluan yg memerlukan duit..;)

Dah bincang dgn hubby pasal ni, nak cari kerja dkt2 ja, if dulu kat kolombong inanam fuhh jauh tu, if me pndi drive & ada keta sndiri sng sikit x pyh ssh kn hubby..last2 ambi kputusan utk berhenti, x pelah in shaa Allah rezeki tu ada kat mana2..usaha + berdoa in shaa Allah ada..

Alhamdulillah esok akan pergi interview..mudah2an interview tu ok & kerja tu pun bersesuaian dgn me..

p/s: fikir psl baby ni, semua psgn suami isteri mmg teringin nak ada baby cepat klu blh bunting pelamin..

Khamis, 14 Mac 2013

Muhasabah Diri ;)

 Assalamualaikum W.R.T & salam 1Malaysia..
Morning world, Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah kerana masih memberi me peluang utk terus bernafas hingga ke hari ini..Alhamdulillah..
Hidup kita ini tak lah akan selalu baik, begitu juga dgn sikap kita,  mungkin hari ini org kenal mempunyai sikap yg baik tp akan dtg sekali ja kita tersilap kata trs org lain akan ingat sampai bila2. 
Sebab itulah perlu kita ingat :-
~ Suka atau tidak dgn sikap seseorang itu dan kita tahu sikap yg tidak baik dlm diri seseorang itu..tutuplah aib dia, bukan satu keseronokan utk sebarkn keburukan dan kelemahan org lain melainkan menabung dosa, adalah lebih baik kita perbaiki diri kita itu lebih baik ~
Alhamdulillah, Allah membuka pintu hati me utk memperbaiki diri me, hati me & akhlak me, terutama amal ibadat me. Syukran Ya Allah.
p/s: Saling bermaafan & memaafkan itu lebih baik.
 
 

Isnin, 11 Mac 2013

Ujian Allah..

Assalamualaikum W.R.T & Salam 1Malaysia..
contoh: pertengkaran antara bapa & anak
 C'bapa yg marah pada mulanya hanya melepaskan kata2 marah kepada c'ibu kerana ingin menyuruh c'cucu utk mencabut rumput tapi dgn cara yg mengungkit2. C'ibu menyahut dgn lagak biasa.
Akhirnya berlaku pertengkaran yg besar even hanya perang mulut.
Tiba2 c'anak (pempuan) terdengar kata2 c'bapa yg mengungkit & bermulalah percetusan, kata2 c'bapa yg menyakitkan hati membuat c'anak terasa hati & menegur c'bapa. Namun c'bapa makin lantang mengeluarkan kata2 marah sambil mengungkit2 & tersangkut paut lah ttg anak  kepada c' anak (pempuan). Dtg lah c'anak (lelaki) yg bertujuan utk mengambil ipar (lelaki) pergi kerja. Pada mulanya utk meredakan pertengkaran & akhirnya c'bapa mengungkit ttg duit yg hbs utk melanjutkn pelajaran c'anak (lelaki) sampai ke peringkat Master. Actually sampai maktab je kot, selebihnya c'anak sdh berkerja & menggunakan duit gaji sendiri & PTPN utk melanjutkan pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi. C'anak (lelaki) tak berniat nak marah tp c'bapa sdh keterlaluan mengungkit. Dgn perasaan yg sdh tidak terkawal kerana sikap c'bapa yg semakin menjadi2 sehingga tidak mengendahkan lagi ttg perasaan c'anak2, c'anak (lelaki) tlh mengeluarkn kata2 "Mulai skrg bapa keluar dari rumah ini". C'bapa pun keluar dari rumah tp tidak trs keluar dri rmh tu, c'bapa mungkin menumpang di rmh saudara mara. 2,3 ari c'bapa pulang juga ke rumah tapi tidak tidur di rumah, c'bapa tidur di rmh keci tempat menyimpan brg2. Mulai saat itu c'bapa mula mengemas2 rmh keci itu & tinggal di sana.
Even jadi mcm tu anak mana yg suka dgn kejadian yg tidak diingini berlaku. Hati anak mana yg tdk sedih melihat bapa tinggal di rmh keci itu. Tapi c'bapa sdh keterlaluan selama ini. Hati c'anak menjadi pilu, lebih2 lagi c'bapa mula menceritakan dgn org ramai bahawa c'anak yg menghalau, c'bapa berkata tdk guna juga anak ada PHD, Master. 
Kalau bukan kerana c'bapa yg bising2 marah & mengungkit c'anak (lelaki) pasti tidak akan marah tanpa sebab kepada c'bapa. Kerana c'anak (pempuan) yg melawan kata2 c'bapa sampai jadi pertengkaran besar tapi c'anak (lelaki) yg buruk nama, di sangka menghalau org tua. Ya Allah......mungkin inilah ketentuan Allah utk mereka sekeluarga. Semoga 1 hari nanti c'bapa akan & c'anak (pempuan) akan sedar kesilapan mereka.
Terpaksalah c'anak (lelaki) menanggung akibatnya, di harap c'anak (lelaki) akan tabah dgn ujian ini. Sesungguhnya semua ini adalah ujian Allah. Allah hanya menguji org2 yg sabar.
~ Jika ada persengketaan dan sebagainya sebelum ini, lupakanlah dan berbaktilah kepada beliau kerana redha Allah itu begantung kepada redha kedua ibu bapa kita ~

*Jangan hanya kerana beliau berbuat tidak baik kepada kita, bukan beerti kita harus membalas dgn cara yg sama*

Rabu, 6 Mac 2013

Wink wink ^^,..

Assalamualaikum W.R.T & salam 1Malaysia..

Alhamdulillah..;)

Nak kata apa erkk..?!
Kata study jauh2 sampai masuk U ambik Graphic designer. From Diploma until Degree Graphic designer tp bila masuk praktikal mcm xda idea la pulak bila di suruh buat design. Baru en.bos test ko sikit je dik oii dah nak stress, melatah. Bersyukurlah wahai adik oii, engko sendiri yg nak praktikal kat kedai kami so jgn la nak marah balik kat kami hanya kerana en.bos tegur if dibagi keja then x dpt settle, itukan amanah utk ko jadi laksanakanlah tanggungjawab itu. Itu baru kami, if ko dpt tempat lain pun majikan lain akan naik feed up dgn hasil kerja kau.

Kata-kata c'adik di FB
1) Minggu demi minggu berlalu makin panas lak kerja aku ni..i hope i can handle this kind of situation
Me tlg jwb:
Adik, kau praktikal di tempat kami cuma sebulan lebih ja & x banyak kerja yg kami bagi kat kau, paling2 pun mmg kau x siap buat, kami x cari kamu utk praktikal di sini, kau yg balik2 kol kami minta tlg utk terima kau, jadi terima saja kerja en.bos bagi, bukan susah pun (bagi kamu yg mmg sdh pandai ttg design2 ni).

Kata-kata c'adik di FB
2) kmu punya hal kmu la ba handle yg kmu maw kac masukkan sya ni knp juak???
budu2 bha keraja kmu ni ..masalah kmu sya yg kna tempias

Me tlg jwb:
Seharian kau di kedai x sibuk buat kerja pun  kau cuma main game then pegang fon main facebook. Tapi bila bos bagi kerja yg sedikit susah pun kau x dpt buat, cuma desin label sahaja. Kata pandai design tp rugi ja kau kena hantar belajar sampai Shah Alam, otak masih x boleh pakai. 

Orang kata hidup ini x bermakna kalau xda dugaan, maknanya begitu juga dgn kerja, setiap kerja yg kita buat x semua pun betul, jadi kita mesti belajar dari kesilapan if en.bos tegur kita kena terima dgn hati terbuka, akan dtg kita blh perbaiki kesilapan kita. En.bos x marah sgt pun sampai nak maki hamun kau, dia cuma bagi tunjuk ajar & tegur, itu saja, itu pun kau dah terasa sangat pressure sampai x dpt handle. 

Me ambik pengajaran daripada semua yg berlaku, next time kena berhati2, me rasa x semua student practical akan bersikap seperti ini, mungkin hanya segelintir sahaja yg mcm tu.

p/s: untuk adik2 semua, silalah jgn bersikap seperti ini, bersyukur & berterima kasih.

Me maafkan saja adik ni & hope 1 hari nti dia akan pandai mendisiplinkan diri dia, jadi yg terbaik & menjurus ke arah maju kehadapan utk berjaya dlm hidup di dunia & akhirat. Amin. 

Not very well

Assalamualaikum W.R.T & salam 1Malaysia..



Kelmarin sgt2 feeling not very well, actually kemarin2 tu lagi tetiba rasa tak sihat, x tau napa tetiba sakit pinggang bahagian belakang, then kelmarin pula seharian duk kat kedai rasa mo demam + sakit pinggang bahagian belakang, hope xde apa la. x berani nak makan mana2 ubat buat masa ni. 

Balik ja dari keja me trs mandi tp dgn air suam x larat nak mandi air paip sbb sejuk sgt rasanya..huhhh. Me minta excuse dgn hubby x dpt msk utk semalam sbb x larat da mo berdiri, badan pun panas, pas sembahyang isyak berjemaah me pun trs tdr, tp x dpt tdr lena bdn ni sgt2 x selesa. 

So today me bawa ja keja mcm besa, me bgn awal subuh td & trs sembahyang pastu rehat2 sambil tunggu bubur me masak, bdn still panas, tp alhamdulillah msh blh lagi bekerja.

p/s: Mudah2an me akan sihat semula. amin.

Selasa, 5 Mac 2013

Terima kasih wira negara & Pray for Sabah's

Assalamualaikum W.R.T & salam 1Malaysia..

Sdh hampir 4 minggu pergolakan di Lahad Datu berkaitan dgn pencorobohan org Sulu berlaku, serius me selalu mengikuti perkembangan dari media2 semasa, di awal2 cerita pergolakan ni me mmg kurang fokus pada hal ini tp apabila lama kelamaan kerisaun mula melanda apabila 2 org wira kita telah terkorban di Lahad Datu. Selang sehari kemudian 6 org lagi wira kita juga terkorban di Semporna.

Serius me mmg sedih dgn pemergian mereka even bukan keluarga tapi me tabik pada pengorbanan mereka yg sanggup berjuang demi negara, meninggalkan keluarga demi tugas & terkorban kerana berjuang. Namun adakah org2 di luar sana yg hargai mereka 100% seperti org2 yg mmg benar2 menghargai mereka? apa yg me perhatikan di laman2 sosial terutamanya facebook, pejuang2 kita di maki hamun, ada juga yg mengutuk di tokok tambah lagi dgn pertikaian tentang politik. sangat2 rasa terkilan dgn sikap segelintir masyarakat kita di Malaysia ni.

Pada awalnya bila dapat tau 2 org wira kita terkorban serius me pun geram sbb xda tindakan yg wajar di ambil oleh pihak kerajaan tp me xlah libatkan tentang politik sebab disaat2 genting ni isu politik bukanlah yg no.1, keselamatan rakyat di sabah terutamanya di Lahad Datu, Semporna, Sandakan dan kawasan2 yg terlibat adalah lebih penting dari politik.

Pada me baik BN UMNO atau PKR pembangkang mmg ada baik atau buruk, dua2 mempunyai kebolehan masing2, tapi me xkan singkatkn fikiran hanya kerana politik yg boleh menyebabkan pertikaian sesama kita. Siapa pun pilihan kita itu adalah hak kita tp kenapa nak menyusakkan diri untuk bertekak sesama sendiri, siap maki2 segala, kutuk mengutuk, childish sangat2 la masyarakat kita ni.

Apa yg penting sekarang me terus berdoa untuk keselamatan pejuang2 kita & penduduk2 di kawasan yg terlibat. Semoga negeri sabah akan kembali aman seperti sedia kala. 

P/s: al-fatihah untuk wira2 kita yg terkorban, semoga di tempatkan di kalangan golongan yg beriman. Di harap keluarga2 yg terlibat tabah menghadapi dugaan ini, sesungguhNya semua ini adalah ketentuan Allah. 

Sentiasa mengikuti perkembangan hingga sekarang..