Halaman

Rabu, 18 Januari 2017

Pengalaman bersalin 2nd baby - Part 1

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah bersua lagi kali ini..

Kali ni nak cerita ttg pengalaman me bersalin 2nd baby. Baby apa? Alhamdulillah baby girl lagi kali ni. Sekarang me dah hbs pantang, baby pun 21hb nti genap 2bln dah. 

Nak start cerita sepanjang mengandung segalanya dipermudahkan, GDM kali takda tp kena 2kali jugak mnm air gula sbb yg 1st tu lps mnm me muntah balik 😅. Tak tahan rasa manis tu. Result darah kurang berbanding masa 1st ambi darah tu. 2nd time mnm syukur normal jak. HB pula jgn ckp la mmg tak cantik. Last time masa nak tunggu due baru ada cantik sikit jak la. Pernah kena srh pi lab gara-gara HB rendah, huhh mmg buang duit sbb pemakanan me mmg tak tentu. Tak mau cerita la apa yg me mkn, biar sekadar jdi pengajaran buat me dan ambi ikhtibar. Masa dah 7bln cek uri syukur doktor bgitau uri diatas dan baby mcm girl ☺️. Masa dah dekat due byk sgt bergerak kesana sini dan buat keja. Sehari sebelum bersalin me sempat lagi balik kg ambik mentua, jln-jln kat kg jumpa kazen, ramai yg tegur perut me dah turun me senyum jak, mmg kekadang ada jugak sakit sikit tp tak kerap lagi, selagi blh tahan me akan tahan.

Isnin - Tengahmlm tu perut memulas mcm nak membuang, mmg dlm 2 3 ari ni me sembelit, me gagahi juga membuang tp mmg tak puas. Lepas tu me bawa tidur tp sakit kali ni agak kerap wlu pun tak sakit sgt. Me bgn dan buat persediaan, sambil isi borang pergerakan bayi sbb 1bln tak isi, sambil kira contruction. Dah settle semua me kejut asben bgitau perut dah sakit, kami pun siap-siap mandi dan bagi susu anak tak sempat dah nak solat subuh dirumah, me kejutkan mak mentua bagitau nak gerak ke hospital sbb dah sakit perut. Me still blh jln lagi wlu pun sakit dah kerap. Sepanjang otw ada beberapa kali juga sakit. Syukur jln pun lancar jak sbb kami gerak jam5pagi blm byk keta kat jln lagi. 

Sampai jak kat hospital me turun dulu sbb asben nak cari parking. Staff kat kecemasan tanya nak bersalin & terus srh me ke tingkat atas. Kat dlm lif ada staff nurse tegur nak bersalin ka? Me senyum sbb dia perasan perut me mengeras. Me daftar kat kaunter, isi borang dan borang suami ikut masuk masa bersalin. Me masuk bilik penilaian dan asben pi solat. Kat bilik penilaian me tukar baju dan doktor cek bukaan dah 4cm dan dia tlg bukak lagi, cek lagi 5cm, cek lagi dah 7cm, trs doktor srh nurse tolak masuk labour room. Asben still tunggu me rupanya wlu pn me dah srh dia balik sbb risau anak sulung nangis kat rmh. Maklum la dia tak pernah berjauhan dan berpisah dgn kami 😭. Jam8lebih masuk labour room, jam9.40 me bersalin. Setengah jam jugaklah me bertarung nyawa utk bersalin kali ni. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Me bersalin normal tp ada jugak jahit sbb koyak. Baby pun sihat wlu pun dah berak sikit dari dlm. Memang risau juga mula-mula tu tp doktor cek dia berak sikit jak. Lega dengar. Selesai dah asben urus me, dia pun dah gerak balik sbb dia kena urus mentua me lagi. Pttnya pagi tu mentua me yg byk urusan tp me pula yg terpaksa kena urus dulu. Kesian asben agak banyak urusan dia kena settle, kedai, me dan mentua. 

Tengahri me dan baby dipindahkan ke wad biasa, ingatkan blh balik trs terpaksa jugaklah kami bermalam. Syukur sepanjang berada di hospital kami berdua sihat takda masalah. Esok petangnya kami keluar wad ☺️. Happy dpt balik rmh jumpa c'anak sulung.

To be continue ...... 😅

Khamis, 12 Januari 2017

Untukmu Mama

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah..

Ya Allah, kurniakanlah kesihatan kepada mamaku, kasihi lah dia seperti mana dia mengasihi ku, tabahkanlah hatinya dan kuatkan semangatnya..

Terlalu byk ujian yg dihadapinya, dari kami kecil hinggalah sekarang..saat ditinggalkan hinggalah kembali ada saja dugaan mereka..

Kasihani lah mamaku Ya Allah..sungguh kuat hatinya utk terus berada disana walaupun perit utk dilalui..

Sabarlah mama..pasti ada hikmah..😭

Rabu, 11 Januari 2017

Ikut hati mati, ikut rasa binasa

Bismillahirahmanirahim..

Allahuakhbar..alhamdulillah masih lagi kita bersua hingga ke hari ini..

Air yg dicincang takkan putus..itulah perumpamaan untuk ikatan adik beradik sedarah sedaging..

Memang amat menyedihkan bila hubungan yg dahulunya rapat kemudian beransur renggang hanya kerana sikap sendiri yang ego dan pendendam diringi ada rasa dengki dlm hati..

Allahuakhbar..kuatkanlah hati ini Ya Allah..

Seringkali ada perselisihan faham mesti hal yg kecil akan diperbesarkan hingga satu saat sanggup memutuskan ikatah sillaturahim..sebak bila dgr cerita apa yg berlaku pada hari itu..malahan sanggup menyebut NAMA IBU sendiri dgn suara yg lantang..

Sepatutnya dia menjadi contoh yg baik  pada kami tp apakan daya 'ikut hati mati, ikut rasa binasa' terlalu ikutkan perasaan begitu la akibatnya..terlajak perahu blh diundur, terlajak kata buruk padahnya..

Semoga satu hari nanti ikatan yg makin rapuh ini akan utuh semula..

Semoga saja kita semua akan menjadi org pemaaf dan bukannya pendendam..

Ya Allah peliharalah hati ini supaya sentiasa bersangka baik..aminnnn