Halaman

Selasa, 5 Mac 2013

Terima kasih wira negara & Pray for Sabah's

Assalamualaikum W.R.T & salam 1Malaysia..

Sdh hampir 4 minggu pergolakan di Lahad Datu berkaitan dgn pencorobohan org Sulu berlaku, serius me selalu mengikuti perkembangan dari media2 semasa, di awal2 cerita pergolakan ni me mmg kurang fokus pada hal ini tp apabila lama kelamaan kerisaun mula melanda apabila 2 org wira kita telah terkorban di Lahad Datu. Selang sehari kemudian 6 org lagi wira kita juga terkorban di Semporna.

Serius me mmg sedih dgn pemergian mereka even bukan keluarga tapi me tabik pada pengorbanan mereka yg sanggup berjuang demi negara, meninggalkan keluarga demi tugas & terkorban kerana berjuang. Namun adakah org2 di luar sana yg hargai mereka 100% seperti org2 yg mmg benar2 menghargai mereka? apa yg me perhatikan di laman2 sosial terutamanya facebook, pejuang2 kita di maki hamun, ada juga yg mengutuk di tokok tambah lagi dgn pertikaian tentang politik. sangat2 rasa terkilan dgn sikap segelintir masyarakat kita di Malaysia ni.

Pada awalnya bila dapat tau 2 org wira kita terkorban serius me pun geram sbb xda tindakan yg wajar di ambil oleh pihak kerajaan tp me xlah libatkan tentang politik sebab disaat2 genting ni isu politik bukanlah yg no.1, keselamatan rakyat di sabah terutamanya di Lahad Datu, Semporna, Sandakan dan kawasan2 yg terlibat adalah lebih penting dari politik.

Pada me baik BN UMNO atau PKR pembangkang mmg ada baik atau buruk, dua2 mempunyai kebolehan masing2, tapi me xkan singkatkn fikiran hanya kerana politik yg boleh menyebabkan pertikaian sesama kita. Siapa pun pilihan kita itu adalah hak kita tp kenapa nak menyusakkan diri untuk bertekak sesama sendiri, siap maki2 segala, kutuk mengutuk, childish sangat2 la masyarakat kita ni.

Apa yg penting sekarang me terus berdoa untuk keselamatan pejuang2 kita & penduduk2 di kawasan yg terlibat. Semoga negeri sabah akan kembali aman seperti sedia kala. 

P/s: al-fatihah untuk wira2 kita yg terkorban, semoga di tempatkan di kalangan golongan yg beriman. Di harap keluarga2 yg terlibat tabah menghadapi dugaan ini, sesungguhNya semua ini adalah ketentuan Allah. 

Sentiasa mengikuti perkembangan hingga sekarang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih...Syg korang sgt2...