Halaman

Isnin, 8 Oktober 2012

Kulit yg Lembut & Licin dgn VEET..:)

Assalamualaikum,,selamat petang & salam 1 Malaysia....:)

Sapa penah guna VEET??...he2..

 Ini lah VEET...",)

Veet ialah sejenis krim yg akan membuatkn kulit anda lebih halus, licin & lembut....btl @ x,,sila lj cuba yer...:)

Me akan share info untuk anda...(",)
SAMA ada anda menari atau bersantai sambil minum dan bersembang di tepi kolam renang, tiada yang dapat memberikan penampilan paling sempurna selain daripada sepasang kaki tanpa bulu roma.
Kini, Veet Hair Removal Cream baru dengan pelembap berganda membolehkan anda memiliki kulit lebih halus, lebih licin dan lebih lembut.
Dengan Veet Hair Removal Cream baru, anda tidak perlu lagi menggunakan pelembap. Ia diperkaya dengan kompleks pelembap dan mengandungi dua kali ganda ciri-ciri pelembapan dan ramuan penjagaan kulit yang dirumus khas. Krim peluruh bulu roma yang diperbaiki ini menjadikan kulit licin, lembap dan terasa lembut apabila disentuh.
Formula baru yang dipertingkatkan bertindak untuk melembutkan folikel bulu roma supaya mudah ditanggalkan dengan bantuan spatula, agar kulit tidak tercalar dan luka. Ia juga dirumus dengan tekstur selembut sutera yang senang dan cepat disapukan pada kulit supaya wanita boleh merasai kecantikan dalam masa beberapa minit sahaja. Diuji secara dermatologi, Veet Hair Removal Cream boleh digunakan pada kaki, bawah lengan dan kelengkang yang tidak dilitupi bikini.
Sebagai jenama peluruh bulu roma wanita, Veet sentiasa menyediakan cara yang berkesan dan menyenangkan untuk wanita di seluruh dunia memastikan kulit mereka sentiasa licin dan terasa cantik menawan.
Dimuatkan di dalam tiub baru lagi canggih dengan paparan ramuan dan harumannya, tawaran terbaru daripada Veet ini sesuai untuk kulit sensitif. Dirumus dengan ramuan baru seperti aloe vera dan Vitamin E, varian untuk kulit sensitif bertindak dengan lembut dan selamat sekalipun pada kulit paling halus dan sensitif.
Veet Hair Removal Cream baru boleh didapati dalam dua varian lain untuk membelai kulit yang berlainan jenis - kulit normal dan kulit kering - bagi memastikan wanita yang mempunyai sebarang jenis kulit mendapat manfaat daripada rumusan yang diperkaya dan menyenangkan ini.
Wanita yang mempunyai kulit normal boleh mendapat manfaat daripada ramuan tambahan susu teratai, terkenal kerana ciri-ciri yang memberi ketenangan, manakala mereka yang mempunyai kulit kering boleh merasai ciri-ciri kelembutan mentega shea.
Veet Hair Removal Cream baru kini boleh didapati di semua kedai farmasi dan gedung runcit utama pada harga RM15.00.

*sapa2 nak cuba sila lah beli di farmasi2 yg berkenaan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih...Syg korang sgt2...