Halaman

Khamis, 1 November 2012

2 month Already..:)

Assalamualaikum WRT...

Alhamdulillah..genap 2 bln sdh perkahwinan kmi..semoga Allah merahmati & memberkati rumahtangga kmi..insyaAllah,,amin..

Hubby & Me :)

Ya allah...peliharalah hubungan kami suami isteri .....bahagiakanlah kami berdua di sampaing zuriat kami nanti insyaallah....
Ya Allah,
mesrakan antara hati hati kami, tunjukkan lah kami jalan yang selamat, lepaskan kami daripada kegelapan kepada cahaya. Hindarkan kami daripada segala kejian yang zahir ataupun tersembunyi.


Ya Allah…
Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci.
Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu.
Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau ridhai.
Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan
tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan.
Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya.
Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…
Berkatilah pendengaran kami,
penglihatan kami,
hati kami,
suami/isteri kami,
keturunan kami dan
ampunilah kami.
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Aminnn…

Ahad, 14 Oktober 2012

Bersyukurlah..

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum WRT & 1Malaysia..


Dlm hidup kita seharian terkadang kita lupa segala perkara yg perlu kita amalkn..terkadang kita buat apa yg tidak patut diamalkn & terlarang..Nukilan ini untuk semua juga untuk diri me sendiri...:) seharusnya kita mensyukuri semua nikmat yg ALLAH berikan..

Apa sja yg kita lakukn jangan kita lupa ALLAH..kerana ALLAH tidak pernah lupa kita bila kita susah atau senang..SesungguNya ALLAH Maha Mengetahui Lagi Maha Berkuasa dan Maha Pengampun...amin...:)

<<BERSYUKURLAH>>

Stiap apa yg berlaku dlm detik perjalanan hidup kita adalah suatu pelajaran yg baru. Byk perkara sebenarnya yg kita boleh pelajari drpd diri sendiri seandainya kita mengenali diri. Kurangkan keluhan, bnykkan rasa bersyukur meskipun utk perkara2 kecil.
Kita akn belajar menghargai apa yg kita miliki dan kita akn sedar bahwa ada Dia di atas sana yg Maha Mengetahui stiap detak jantung, rasa, fikiran dan jiwa kita sbagai hambaNya….

Bersyukur krana masih diberikan peluang bernafas dan menghirup udara dunia.
Bersyukur krana masih mempunyai peluang memperbaiki kelemahan diri.
Bersyukur krana brada di kalangan insan2 yg mengerti dan menyayangi.
Bersyukur krana sentiasa mendapat perhatian Yang Maha Esa dgn ujian, cubaan yg membuktikan kasih sayangNya.
Bersyukur krana memiliki laluan perjalanan hidup yg indah dan bersyukur utk sgala yg dimiliki hari ini.
Alhamdulillah Wa Syukurillah..♥

*sama-sama kita renungkn & selamat beramal...